18 December 2008

Tempat Memancing



KelongKelong Paradise Waterfront Resort terletak kira-kira 15 batu nautika dari perairan Sabak Bernam yang berada di Perairan Selat Melaka. Ia merupakan tempat yang amat sesuai untuk aktiviti memancing samada secara perseorangan atau berkumpulan. Pantai BNO merupakan tempat jeti bagi pihak syarikat berkenaan membawa pemancing ke Kelong.

Kelong ini mampu untuk menampung sebanyak lebih 100 orang pemancing sekaligus. Selain dari kemudahan untuk memancing, ia juga menyediakan bilik penginapan serta makanan mengikut pakej yang dipilih oleh pengunjung. Kelong ini juga menawarkan kemudahan untuk seminar, kursus dan mesyuarat.

Kos yang dikenakan bagi pakej memancing termasuk makanan adalah sangat berpatutan dengan tawaran pengalaman memancing di banglo ditengah lautan ini. Terdapat banyak jenis ikan yang biasa dinaikkan oleh pemancing disini seperti kerapu, sembilang, pari, jenahak, bawal, jemuduk, gelama, senangin dan lain-lain lagi.
Untuk makluman lanjut sila lawati web rasmi Kelong Paradise Waterfront Resort.

Masjid Bersejarah


Masjid Jin ini terletak di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. Ianya kira-kira 8 kilometer dari Pekan Sungai Besar.Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk disekitarnya yang pernah bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disitu yang dipercayai Jin. Walaubagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid iniMasjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.
Kini, masjid ini diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemantauan pihak Muzium Negeri yang mana keunikkannya akan sentiasa terpelihara.Senibina masjid ini begitu unik memaparkan ciri-ciri tradisional

Tempat Bersejarah


Inilah tempat pusaran air yang deras dan berpusing Lubuk Pusing ini terletak di Kampung Lubuk Pusing, Sabak Bernam. Ia terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Pekan Sabak.
Lubuk Pusing ini dahulunya adalah kawasan sungai yang agak merbahaya disebabkan oleh pusaran airnya yang pantas dan berpusing-pusing. Suatu ketika dahulu terdapat juga kapal dan sampan yang tenggelam disebabkan kerana disedut oleh pusaran air disini.
Kini pusaran air tersebut sudah tiada lagi disebabkan bentuk muka bumi yang berubah. Air sungai tersebut juga sudah kering dan kini menjadi daratan. Yang tinggal kini hanyalah tempat yang berbentuk kolam-kolam air.
Walaupun begitu, kawasan ini adalah amat berbahaya bagi para pengunjung yang ingin menyaksikannya.